,,entry kali ni ifa nak kaba skit kat sume. Lately ni slalu
sgt ura-ura kat hjung2 telinga ifa ni, ifa dgr pasal ‘suicide’. “bunuh diri”
sebab cinta .
Apa yang sebenarnya seseorang ni dapat dengan bunuh diri? Ifa
pun tak paham. Bukan ke cinta tu indah kalau kita dapat rasa kan betul2. Tapi
kalau da ada kes2 bunuh diri sebab cinta ni, cinta tu da jadi tak seindah yang
dikatakan lah kan?. Boleh jadi kalau orang lain yang tak penah bercinta , jadi
takut nak jatuh cinta bila dengar pasal bunuh diri ni. Dan akan cakap “mesti
sakit kalau bercinta ni, da kalau sampai ada yang bunuh diri macam tu”.
Terlalu mencintai seseorang itu tak salah,,,tapi jangan
sampai cinta menguasai keseluruhan hati kita dan buat kita lupa pada Pencipta
cinta itu sendiri dan buat perkara macam bunuh diri ni.
Ohh ye, .pna ada org kate kat ifa kadang2 bila seseoarng
cuba atau mmg nak bunuh diri sebab cinta ni sebab diorang dalam keadaan tertekan
dengan masalah cinta diorang. Dan… ada jgak orang cakap pada ifa orang yang cuba
atau mmg nak bunuh diri ni hidup dia tak diberkati oleh Allah S.W.T. tau..
Mintak jauh la semua tu. Sebab setahu ifa kalau hidup kita
tak diberkati Allah sepanjang hidup kita didunia, segala amalan hidup kita
Allah tak terima.
Cinta tu kan milik Allah. Hanya Dia yang memberi dan hanya
Dia jua lah yang boleh menarik balik cinta yang telah Dia berikan pada hambanya
jika Allah mahu. Jadi tak heran lah andai ada pasangan yang bercinta
bertahun-tahun lamenya, tapi terpisah.. disebabkan orang ketiga atau sebab hal
lain.
Kadang2 wujud nya kita, hdirnya kita atau kehadiran yang
sementara kita ibarat satu persinggahan dalam hidup seseorang bukan bermaksud
kita memang tercipta untuk dia, tapi ..Allah telah selit kan seribu satu hikmah
besar yang dan menyuruh kita untuk mencarinya sendiri.
Hargai la rasa yang pena hadir dalam hati kita, kerana cinta
atau apa sahaja rasa yang datang adalah salah satu nikmat yang telah Allah
kurniakan untuk kita. Cuba bayangkan dunia tanpa cinta dan rasa. Mestikan
pelikkan? Hehe ifa pun tak tahu macam mana nak bayang kan “dunia tanpa cinta
dan perasaan”<(^^)>
Soo ifa rasa tak patot la kita nak bunuh2 diri ni. Kalau
bukan dengan ‘dia’ sekali pun jodoh kita, pasti Allah sediakan seseorang yang lebih
baik untuk kita kelak sama ada lmbat atau cepat. dengan syarat tabah, bersabar,
redho dan jalani hidup kita seperti biasa walaupun pahit semua tu tapi kita
kena ingat semua itu adalah ujian yang Allah berikan untuk kita. Adanya ujian
beerti Allah menyanyangi kita.
Jangan cemari nilai cinta tu dengan satu tindakan kita yang
pasti akan dibenci Allah. Bunuh diri ni kan salah satu dosa besar yang boleh membuat
Allah murka, kerana ia hanya menzalimi diri kita sendiri. Jadii.. bila ada
masalah sebagai orang islam kepada Allah lah kita mengadu segala hal serta
masalah. Jangan lah lari dari masalah dunia dan buat tindakan yang kurang bijak
seolah olah menganggap “hidup tak da guna lagi” dan merasakan kita tak cukup
kuat nak menghadapi ujian yang Dia berikan pada kita. Kalau pun tak sayang diri
sendiri, ingat2 lah ada lagi orang lain yang lebih sayangkan kita.
And..jangan pandai2 nak ‘menamatkan riwayat hidup’ tu ok!
Macam2 yang Allah rencanakan untuk kita didunia ni,siasia lah Allah rencanakan
yang indah2 untuk kita didunia ni tapi kita merosakkan nye pulak. Ingat lah
orang yang tersayang. ^_^ tabahlah yee.
Kalau ada kesalahan tatabahasa atau pengetahuan ifa yang
kurang atau apa2 yang sahaja yang boleh ifa tambah pasal apa yang ifa ceritakan
tentang entry ifa kali ni , bagi tahu tau, ifa pun manusia biase, klau ada
salah, harap dapat berikan sedikit comment ,,yee. soo boleh la ifa betulkan ape
yang salah dalam entry ifa kelak..
Hmm soo . Btw thank
for reading J see u all next entry,
ok ! ^^
No comments:
Post a Comment